7-Eleven Malaysia Holdings Berhad - Dasar Privasi (Loyalty)

English | Bahasa Malaysia
Polisi Perlindungan Data Peribadi 7-Eleven Malaysia (BM)

7-Eleven Malaysia Holdings Berhad (“7-Eleven Malaysia”) menghormati privasi anda. Kami memandang dan menjaga Data Peribadi anda dengan serius.
Sehubungan dengan itu, kami telah merangka Polisi Perlindungan Data Peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 tempatan kami untuk menerangkan bagaimana 7-Eleven Malaysia mengumpul, memproses, mengguna, mendedahkan, memindah dan menyimpan Data Peribadi anda.
Pengumpulan dan Penggunaan Data
Dalam Polisi ini, ‘Data Peribadi' merujuk kepada mana-mana bentuk maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat sedemikian, atau mana-mana maklumat lain yang berkaitan.
Dalam perjalanan urusan anda dengan 7-Eleven Malaysia, anda mungkin akan diminta untuk membekalkan Data Peribadi anda dari masa ke semasa bagi membolehkan kami untuk melakukan transaksi dengan anda atau untuk memberikan perkhidmatan dan/atau produk yang berkenaan yang berkaitan dengan perniagaan kami. 7-Eleven Malaysia mungkin menzahirkan Data Peribadi anda dengan pembekal perkhidmatan pihak ketiga dengan cara yang selaras dengan Polisi ini. 7-Eleven Malaysia juga boleh menggabungkan Data Peribadi anda dengan maklumat lain yang berkaitan untuk meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh kami. Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi mungkin menyebabkan ketidakupayaan pihak kami untuk membekelkan produk dan perkhidmatan kami kepada Panda.

Skop Pengumpulan Data Peribadi

Apabila anda menjalankan urus niaga dengan 7-Eleven Malaysia, kami mungkin mengumpul Data Peribadi yang berikut daripada anda:
- Nama penuh
- No. Kad Pengenalan/ No. Pasport
- Warganegara
- Tarikh Lahir
- Jantina
- Bangsa
Data Peribadi yang dinyatakan di atas adalah tidak terhad dan mungkin termasuk Data Peribadi lain yang berkaitan (bergantung kepada bentuk transaksi yang dijalankan).

Tujuan 7-Eleven Malaysia Mengumpul Data Peribadi Anda

Pengumpulan Data Peribadi anda, membolehkan 7-Eleven Malaysia memproses transaksi anda dalam masa yang tepat dan secara relevan.
Data Peribadi anda juga membolehkan kami untuk memberi maklumat terkini mengenai promosi terbaru, pengumuman dan acara yang diadakan oleh 7-Eleven Malaysia, serta membantu kami untuk memperbaiki mutu produk dan perkhidmatan kami.
Dari masa ke semasa, 7-Eleven Malaysia boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar notis penting, menerusi e-mel, surat atau khidmat pesanan ringkas (SMS) - seperti komunikasi mengenai sebarang aktiviti pemasaran dan promosi 7-Eleven Malaysia, maklumat pembelian anda, serta sebarang pindaan dan perubahan dalam Polisi ini. Atas dasar kepentingan maklumat sebegini dalam urusan anda dengan 7-Eleven Malaysia, anda dinasihatkan untuk tidak menarik diri daripada menerima komunikasi tersebut.
7-Eleven Malaysia juga boleh menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan dalaman kami seperti pengauditan, analisis data, dan penyelidikan untuk meningkatkan produk, perkhidmatan dan perkhidmatan pelanggan 7-Eleven Malaysia.
7-Eleven Malaysia juga mungkin menzahirkan Data Peribadi anda dengan pembekal pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan seperti pemprosesan maklumat, proses pembayaran, pesanan, penghantaran, pengurusan dan peningkatan data pelanggan, perkhidmatan pelanggan, serta kaji selidik kepuasan pelanggan.

Dasar Perlindungan Data Peribadi

7-Eleven Malaysia komited untuk melindungi Data Peribadi anda, dari aspek pentadbiran dan teknikal, daripada sebarang kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses yang tidak dibenarkan, pendedahan, penggunaan, pengubahan atau kemusnahan. Namun begitu, anda dengan ini memberi persetujuan dan memberi kuasa kepada kami untuk memberikan atau mendedahkan Data Peribadi kepada mana-mana orang yang kami terpaksa atau diminta untuk melakukannya di bawah undang-undang atau sebagai maklum balas kepada agensi regulatori atau kerajaan yang berwibawa atau mana-mana orang lain yang secara munasabah memerlukannya untuk kami untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan kami sejajar dengan Dasar mini.

Penyimpanan dan Akses Data Peribadi

Kami di 7-Eleven Malaysia berusaha untuk memudahkan anda untuk mengakses Data Peribadi anda dan memastikan maklumat anda tepat, lengkap dan terkini. Kami akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang digariskan dalam Polisi ini, melainkan jika tempoh pengekalan maklumat yang lebih lama dibenarkan atau jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda dengan menghubungi 7-Eleven Malaysia di enquiry@7eleven.com.my. Anda juga boleh meminta kami memperbetulkan data yang tidak tepat atau bukan terkini, atau memadamkan data tersebut jika dirasakan bahawa tiada keperluan untuk 7-Eleven Malaysia mengekalnya, melainkan jika maklumat tersebut diperlukan oleh undang-undang atau untuk tujuan perniagaan yang sah.  Kami boleh menolak permintaan untuk memproses permintaan tidak munasabah yang berulangan, memerlukan usaha teknikal yang berlebihan , menjejaskan privasi orang lain, yang sama sekali tidak praktikal, atau yang mana aksesnya tidak diwajibkan oleh undang-undang tempatan.  7-Eleven Malaysia mempunyai hak dan budi bicara mutlak untuk mengemaskini dan meminda Polisi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan pada Polisi ini akan dikemaskini dan diterbitkan di laman web kami.